CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 23 January 2012

Blog ini telah dinilai....

Assalamualaikum..
     Untuk pengetahuan semua blog yang saya bina ini ada sebahagian tugasan teknologi maklumat sekolah rendah yang diberikan oleh Lecturer  Puan Saira Banu , dimana membina blog pendidikan ini  adalah salah satu tugasan bagi subjek ini bagi semester 2. sebelum ini memang saya tidak pernah tahu cara membina blog .Setelah belajar melalui youtube  , hasil berkongsi idea dengan rakan maka saya berjaya membina blog ini, dengan pelbagai grafik walaupun isinya masih kurang. Blog ini juga telah disemak dan dinilai oleh lecturer saya, saya tidak sangka blog yang  tidak seberapa ini, yang masih kurang isinya mendapat 30/30, ini bermakna saya mendapat markah penuh. saya berterima kasih dengan Puan Saira Banu kerana beliau bukanlah seorang lecturer yang kedekut markah.. hehe.. Walaupun tugasan ini sudah selesai dan telah dinilai , saya tidak akan berhenti disini sahaja, saya akan terus mengemaskini blog ini dari masa ke semasa dengan maklumat pendidikan prasolah untuk perkongsian bersama. 

Tuesday 29 November 2011

KSPK


KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal

KURIKUKUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN


MATLAMAT KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.



Tunjang Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Tunjang Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Tunjang Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Tunjang Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan


Tunjang Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
KSSR pengurusan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Monday 14 November 2011

pengajaran mikro tugasan KPD3026 , Tunjang Bahasa dan Komunikasi ( Bahasa Malaysia) - set induksi

Monday 24 October 2011

LAGU KANAK - KANAK










KERETA MERAH





ANAK RUSA NANI



LAGU 3 KUPANG




SAYA ADA KUDA




MARI MEMBACA



NENEK- NENEK SI BONGKOK 3


ULAT KEPOMPONG










Wednesday 19 October 2011

NURSERY SONG





BAA BAA BLCK SHEEP


OLD MC DONALD


TWINKLE - TWINKLE  LITTLE STAR



MARY HAD LITTLE LAMB


CLAP YOUR HAND



ABC

Monday 10 October 2011

HARGAI JASA GURU

GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Saturday 1 October 2011

Catatan Pertamaku....

Bismillahirrahmanirrahim..  Ni adalah catatan pertamaku dalam blog yang baru saya bina ni. ini juga merupakan kali pertama  saya menulis blog ni... Ini pun disebabkan tugasan UPSI yang memerlukan saya menulis blog saya sendiri. Sebelum ni memang saya selalu juga melihat blog orang lain tetapi tidak pernah pula terfikir nak menulis dalam blog saya sendiri. Saya masih baru dalam pembinaan blog, saya harap rakan - rakan dapat memberi tunjuk ajar saya dalam mereka bentuk blog saya ini....